Isnin, 10 Januari 2011

tokoh : datuk yusuf haslam


BIODATA

Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon
Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq

Permulaan berkecimpung dalam bidang perfileman.

beliau mula berkecimpung dalam bidang perfileman pada tahun 1972 dalam usia 17 tahun. beliau terlibat sebagai pelakon tambahan selama dua tahun di Studio Merdeka. Ketika itu filem masih dalam hitam putih. Pada tahun 1974 dengan Shaw Brothers, beliau mendapat peluang untuk berlakon secara serius dan filem pertama bertajuk " Permintaan Terakhir" bersama dengan Uji Rashid. Pada usia awal 20an pula beliau berlakon dalam beberapa buah filem antaranya ialah "Jiwa Remaja" dan "Cinta dan Lagu." Pada tahun 1978, Encik Aimi Jarr telah membawa beliau berjumpa dengan Datuk Jins Shamsudin dan mendapat peranan dalam filem "Tiada Esok Bagimu". Pada tahun 1979 pula beliau telah berlakon dalam filem "Jejak Bertapak".

Namun hakikatnya nama Yusof Haslam hanya mula menonjol selepas membintangi filem Permintaan Terakhir pada 1974 bersama Uji Rashid dan Sony Abdullah arahan Datuk Jamil Sulong, selain filem P Ramlee dan ramai lagi sebagai watak sampingan. Sebelum menjadi
Datuk Yusuf Haslam : pengarah dan penerbit filem yang digelar "The Million Dollar Film Maker" gigih menghasilkan filem komersial dan semakin segak nampaknya. Hampir kesemua filemnya di pawagam berjaya mencecah angka juta ringgit. Dengan tidak bersekolah tinggi, Datuk Yusuf Haslam mencipta fenomena baru dalam industri filem Melayu apabila setiap filem


Filem pertama arahan Datuk Yusof Haslam

beliau telah menghasilkan hampir 20 buah filem hasil karya beliau sendiri. Filem pertama yang dihasilkan ialah "Bayangan Maut" pada tahun 1990. Antara pelakon yang turut menjayakan filem tersebut ialah Ella, Norkumalasari, Sabree Fadzil dan beliau sendiri. Filem ini juga telah membuka tirai bagi beliau dalam dunia perfileman.

patriotik dan drama yang diterbitkan cenderung kearah kepolisan.

beliau berminat dengan ’cerita beruniform’ dan siri TV yang diminati ketika itu seperti "Combat", "TJ Hookers" dan lain-lain. Di negara kita terdapat banyak drama yang dihasilkan tetapi tidak ada yang bersiri seperti demikian. Walaupun beliau tidak pernah berlakon menjadi polis, sebenarnya beliau pernah bercita-cita menjadi inspektor polis tetapi tidak kesampaian. Tambahan pula, kawan beliau, seorang anggota polis menyarankan agar diterbitkan filem corak kepolisan dan beliau yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut turut membantu. beliau telah berkecimpung dalam menerbitkan drama TV selama 20 tahun bermula dalam tahun 1985 dan skop kepolisan itu telah menjadi paksi dalam drama terbitan beliau, walaupun cerita drama itu pada asasnya bercorak kekeluargaan atau cinta.















Pengalaman perniagaan

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).


Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.


penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah usia 56 tahun. Pada usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ini mengakui beliau belum terfikir untuk bersara daripada bidang seni yang sudah sebati dengan dirinya lebih dua dekad lalu.

Akuinya, pada zaman muda dulu, memang beliau boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari tapi sekarang tidak lagi. Yusof masih ingat, pada zaman kegemilangannya ketika mengarahkan filem Sembilu, beliau boleh menghabiskan masa di lokasi penggambaran sehingga 7 pagi setiap hari.

Namun, kata Yusof, buat masa ini, beliau ingin memperlahankan aktiviti pengarahannya bagi memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul. Yusof juga lebih pentingkan ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60 tahun dalam tempoh empat tahun lagi.

'Saya juga malu kalau orang kata saya masih muda pada usia sekarang. Jika nak diikutkan, pada usia sekarang, saya boleh berehat di rumah berdasarkan kedudukan ekonomi keluarga kami juga kukuh. Tapi sebagai anak seni yang sudah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni, saya percaya perjuangan ini perlu diteruskan.

'Saya akan teruskan selagi kesihatan mengizinkan dan ada kemampuan untuk terus berkarya, sekali gus memberi sumbangan di persada perfileman tanah air.

'Saya juga jarang menghadiri majlis pelancaran drama dan filem ketika ini. Malah, saya juga lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga terutama cucu di rumah,' katanya dalam pertemuan santai bersama Meja Hiburan, baru-baru ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Fatimah Ismail, dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Kini, kata Yusof, sampai masanya, beliau memberi peluang pada generasi muda untuk mengarah filem terutama pada dua anaknya, Syamsul dan Faizal.

'Saya tetap mengawasi kerja mereka dari belakang di lokasi penggambaran. Cuma sesekali saya akan turun gelanggang untuk melihat mereka bekerja.

'Saya nampak Syamsul memang berbakat besar dalam bidang pengarahan dan minatnya juga pada filem generasi muda. Sebagai bapa yang berpengalaman luas dalam bidang perfileman, saya tetap memantau Syamsul dari belakang.

'Saya bangga dengan pencapaiannya melalui tiga filem dihasilkan bermula KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan KL Drift 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

'Sekarang Syamsul sibuk di lokasi filem keempatnya, Khurafat. Selepas berjaya dengan filem aksi, Syamsul mahu mencuba bakat buat filem genre seram pula dan saya tetap memberi peluang kepadanya.

'Saya juga yakin dengan bakat Syamsul kerana pengarah muda, Ahmad Idham, juga tidak pernah buat filem genre seram tapi beliau berjaya menerusi filem Jangan Pandang Belakang terbitan MIG Production Sdn Bhd. Malah Syamsul berazam untuk buat tiga filem sekali gus tahun ini,' katanya.

Berkongsi cerita perkembangan filem itu, Yusof berkata, selain mengarah, Syamsul juga membintangi filem ini bersama Liyana Jasmay yang menang Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 (FFM16), tahun lalu. Dalam Khurafat, Syamsul dan Liyana menjadi suami isteri berhadapan dengan gangguan orang ketiga yang mengamalkan ilmu hitam, lakonan Sabrina Ali.

Kata Yusof, beliau dan isteri berdebar menanti 7 Februari ini kerana Syamsul mahu menjayakan penggambaran babak beliau ditanam dalam kubur.

'Saya nasihatkan beliau membawa ustaz untuk babak di tanah perkuburan sebagai langkah berjaga-jaga, maklumlah bimbang ada kejadian tidak diingini.

'Ini juga pengalaman pertama Syamsul buat filem genre seram dan majlis pelancarannya akan berlangsung di Restoran Haslam pada 11 Februari ini,' katanya.

Buat masa ini, kata Yusof, fokusnya adalah pada pembikinan skrip untuk projek filem terbitan Skop Productions dan akan membantu Syamsul dari segi pemilihan skrip yang bagus, kemudian Syamsul dan pasukannya akan mengolah skrip berkenaan.

'Jika saya selesa bekerja di pejabat, Syamsul dan kawan-kawannya pula akan bekerja di kedai mamak atau kedai kopi sehingga jam 5 pagi. Saya akur dengan cara generasi muda bekerja hari ini,' katanya.

Mengenai projek filem barunya pula, Yusof berkata, beliau juga merancang buat filem baru yang juga arahannya bersama Syamsul, tetapi ia masih dalam perancangan.

Katanya, Skop juga masih terbabit dengan program TV seperti drama bersiri Gerak Khas yang genap usia 11 tahun pada April ini. Beliau juga masih sambung kontrak dengan stesen RTM sehingga hujung tahun ini. Rating Gerak Khas juga memberangsangkan iaitu mencecah RM1.5 juta ($625,000). Untuk musim baru Gerak Khas juga, watak Detektif Lim direhatkan seketika.

Yusuf, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Md. Haslam Khan, dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup dengan Fatimah, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Faizal, Mohd Syamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq.

Yusof berlakon sejak era '70-an. Antara filem, drama TV lakonan dan terbitannya ialah Permintaan Terakhir, Bukit Kepung, Penentuan, PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, Wira Angkasa, Bayangan Maut, Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Bara, Gemilang, Pasrah dan Gerak Khas The Movie. -- Harian Metro.








Kegagalan


·         Kegagalan yang pernah dialami oleh yusuf  semasa melibatkan diri dalam bidang lakonan ialah ketika beliau bekerjasama dengan jins shamsuddin. Skrip cerita yang kurang menarik telah mendapat kritikan dari penonton atas jalan cerita serta plot yang berserabut. Kegagalan ini menyebabkan filem yang pernah dilakonkan yusuf haslam tidak mendapat sambutan masyarakat walaupun jalan cerita yang diketengahkan adalah mengenai perjuangan.

·         Kegagalan yusuf juga ialah mengalami masalah modal ketika menjadi seoarang penerbit perfileman. Modal perfileman dalam menghasilkan sebuah filem memerlukan modal yang tinggi. Beliau pernah gagal dalam mendapatkan pinjaman dari pihak kewangan bank. Namun kegagalan mendapatkan pinjaman dari pihak bank tidak memutuskan semangat yusuf, malah beliau tetap berusaha untuk mendapatkan kewangan melalui sanak saudaranya, dan sahabat handai yang sentiasa memberi dorongan kepadanya.

·         Kegagalan beliau juga apabila sukar mendapatkan pelakon yang berkebolehan dalam filem beliau sendiri. jika kita melihat dalam semua filemnya kebanyakan adalah pelakon yang sama. Ini menyebabkan hati penonton bosan melihat lakonan pelakon yang sama sahaja setiap kali keluarnya filem baru. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan beliau dalam penghasilan sebuah filem dan drama.

·         Kegagalan perfileman beliau mendapat tempat ke luar negara. Beliau masih gagal sehingga kini untuk mensasarkan produk perfileman dan drama ke luar negara kecuali hanya negara indonesia dan singapura sahaja. Kekurangan promosi dan kewangan kemungkinan punca kegagalan bveliau dalam memasarkan perfileman beliau ke luar negara.



Kejayaan


Sejak bergelar pengarah filem komersial tanah air, Yusof selaku Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ternyata bertanggungjawab melahirkan ramai bintang popular seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Awie, Abby Abadi, Ning Baizura, Misha Omar, Nasha Aziz dan Hetty Sarlene. Malah kebanyakan filemnya berjaya mencapai kutipan pecah panggung.

Sesungguhnya Yusof Haslam mengakui cukup terhutang budi dan berbangga kerana diiktiraf bersama-sama dengan guru filemnya Datuk Jins Shamsuddin sendiri dan rakan seperjuangan Uji Rashid.

Beliau percaya, tidak mungkin dapat bertahan selama ini dalam dunia perfileman tanpa sokongan padu anak-anak, saudara mara, rakan taulan, media masa dan paling utama isterinya Datin Fatimah Ismail yang sentiasa mengkritik hasil kerjanya.

Gerak Khas (GK) adalah antara siri televisyen yang cukup lama disiarkan oleh stesen Televisyen Malaysia (RTM) dan dikatakan masih disenaraikan antara drama bersiri yang mendapat rating tertinggi. Kejayaan siri ini di televisyen menyebabkan penerbit dan pengarahnya memindahkan GK ke filem.

Berdasarkan popularitinya di televisyen, filem pertama Gerak Khas (GK) juga berjaya di pawagam dan siri keduanya pun turut mendapat sambutan.Kejayaan kedua-dua buah filem GK itu telah membawa kepada filem GK3.Sejarah yang panjang siri ini di TV akan memberikan kelebihan dan cabaran yang tersendiri apabila ia difilemkan. Apatah lagi GK3 mengekalkan pelakon yang sama sabanminggumuncul di TV. Kelebihannya GK telah diketahui oleh penonton dan ini memudahkan promosinya.







Filem pertama yang mencapai kejayaan

Sebenarnya filem pertama yang membuka tirai kejayaan adalah "Bayangan Maut". Filem ini meraih kejayaan dan hasil kutipan sebanyak RM1.1 juta. Encik Aimi Jarr ada mengatakan bahawa beliau akan menjadi ‘pengarah jutawan’. beliau berasa malu dan alhamdulillah kata-kata itu telah menjadi kenyataan. Kebetulan "Pemburu Bayang" mendapat 2 juta, "Sembilu" 4 juta, "Sembilu 2" memperoleh 6 juta dan "Maria Mariana" meraih 4 juta.



Merupakan orang yang pertama dalam dunia perfileman yang berjaya menjadi jutawan hasil daripada bidang perfileman.

beliau rasa gembira kerana menjadi orang pertama yang mencipta kejayaan dan membina imej perniagaan dalam bidang perfileman. Sebenarnya beliau  tidak yakin dalam bidang ini kerana ia terlalu berisiko tinggi. Oleh itu walaupun menerbitkan drama TV beliau masih mengekalkan corak kepolisan. Semasa membuat filem "Sembilu", beliau telah menukar corak cinta tetapi masih dengan imej kepolisan dan alhamdulillah berjaya. Pada beliau, TV sebagai platform dan menjadi tulang belakang dalam kerjaya dunia perfileman.



bidang perfileman berisiko tinggi dan pulangan tinggi.

beliau bersyukur dan kerana tergolong dalam yang berjaya. Kejayaan yang diperolehi adalah pemberian Tuhan. Tuhan yang memberikan rezeki. Semua drama yang dihasilkan mendapat tempat di hati penonton dan mendapat rating yang tinggi.beliau berasa puas kerana drama yang diterbitkan mendapat top 10.

beliau juga mendapati risikonya sungguh besar dan bukan calang-calang orang yang dapat bertahan. Malah ada yang gulung tikar dalam bidang ini. Oleh itu beliau masih mengekalkan perniagaan dan menguruskan restoran yang dibuka sejak 24 tahun yang lalu. beliau kurang yakin dengan perniagaan ini dan cara yang beliau ambil adalah sebagai penyelamatnya. Begitu juga dengan drama TV, tidak akan beliau tinggalkan, walaupun ada orang berkata mengapa masih masih hendak membuat drama TV setelah meraih berjuta ringgit. beliau mempunyai prinsip, walaupun mendapat yang ’besar’ tetapi yang ’kecil’ jangan dilupakan.

FINAS
Beliau mengucapkan terima kasih kepada FINAS dan pihak Kerajaan yang banyak membantu. Beliau tidak lupakan jasa FINAS yang telah banyak membantu dari segi menambah modal dalam menghasilkan filem arahan beliau sebelum ini, walaupun banyak pihak sering memberi tanggapan negatif terhadap FINAS. beliau merasakan peluang dalam bidang perfileman lebih terbuka sekarang kerana pihak FINAS sendiri memberikan dana untuk membantu industri dan para pengusaha baru. beliau memandangnya sebagai satu usaha positif yang cuba diwujudkan oleh pihak FINAS sendiri


FILEM ARAHAN :

1.Bayangan Maut (1991) - Kutipan mencecah RM1 juta. Menampilkan Yusof Haslam dan Noorkumalasari.
2.Pemburu Bayang (1993) - Kutipan RM1.8 juta. Pelakon utama ialah Awie dan Ella.
3.Sembilu (1994) - RM4.2 juta, pelakonnya Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
4.Sembilu II (1995) - RM6.3 juta, mengekalkan pelakon yang sama dalam Sembilu.
5.Maria Mariana (1996) - Menampilkan Erra Fazira dan Ziana Zain.
6.Maria Mariana II (1998) - Mendapat RM3.2 juta di pawagam.
7.Bara (1999) - Awie dan Nasha Aziz bergandingan dalam filem ini.
8.Pasrah (2000) - Erra Fazira dan Norman Hakim berlakon dalam filem ini.
9.Gerak Khas The Movie (2001) - Filem bercorak kepolisan
10.Gerak Khas The Movie II (2002) - kutipan lebih kurang RM 3 juta
11.Janji Diana (2003) - RM 2.3 juta, menampilkan Rosyam Nor dan Erra Fazira
12.GK3 The Movie (2005) - Pelakonnya ialah Norman Hakim dan Abby Abadi
13.Filem Sembilu 2005 - Memperkenalkan Vince dan Hetty Sarlene serta pendatang baru Irwan Suhaimi










Ciri-ciri kompetensi

·         Seorang yang perihatin
Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.
·         Sentiasa merebut peluang
Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan terbesar yang menonton filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau pemaparan persoalan atau kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan remaja ini ke pawagam. Para pengarah dan penerbit menganggap, remaja hanya mahu menonton kisah yang dekat dengan kehidupan mereka sahaja. Memang pendapat ini tidak salah sepenuhnya. Malangnya, kisah remaja itu dilihat dari kacamata orang tua, sepertimana seorang datuk yang melihat kehidupan cucunya yang dikatakan bermasalah. Datuk itu datang dari zaman lalu yang cuba mengatasi masalah remaja di zaman global. Dia tidak dapat menangkap dan memahami realiti sebenar kehidupan remaja tersebut. Lalu dia menggunakan kayu ukur zamannya untuk menilai kehidupan dan menasihati remaja masa kini. Yang keliru bukan anak remaja tersebut tetapi orang tua yang tidak memahami perubahan zaman itu. Inilah agaknya sebuah filem remaja yang penuh mesej, nasihat orang tua untuk remaja.








Anugerah dan
Pengiktirafan

Pengarah dan penerbit yang mempopularkan siri bercorak kepolisan tempatan ini mendapat pengiktirafan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana turut menyumbang dan menaikkan imej PDRM menerusi bidang penyiaran. Antara penghargaan yang diterima beliau pada 26 Disember 1996 yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, manakala pada 31 Julai 2002 daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Syed Abdul Rahman Syed Abdul Kadir. Seterusnya beliau menerima penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai pada 30 Disember 2002 dan pada 9 September 2004 daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mustafa Abdullah, dan yang terbaru pada 25 Mac 2006, iaitu Anugerah Penghargaan ‘Friends Of The Police” daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Hj. Omar yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ternyata anugerah ini layak diberikan kepadanya sebagai penggiat seni yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya seni dan meninggalkan impak yang besar dalam industri hiburan. Yusof memiliki rekod cemerlang sebagai seorang karyawan yang sudah melakar banyak kejayaan dalam bidang seni baik sebagai pelakon, pengarah atau sebagai pejuang di persada seni tanah air.

Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.

ANUGERAH

1983
Festival Filem Malaysia ke 4
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 
2001
Festival Filem Malaysia ke 15 -
Sutradara Terbaik 
2001
Festival Filem Malaysia ke 15
Cerita Terbaik 







Lakonan

2001 :   Gerak Khas The Movie - (Pelakon Pembantu)
1993 :   Pemburu Bayang - (Pelakon Pembantu)
1991 :   Harry Boy - (Pelakon Pembantu)
1990 :   Driving School - (Pelakon Pembantu)
1990 :   Bayangan Maut - (Pelakon Utama)
1987 :   Rahsia - (Pelakon Pembantu)
1987 :   Wira Angkasa - (Pelakon Utama)
1987 :   Permintaan Terakhir - (Pelakon Utama)
1984 :   Di Ambang Kasih - (Pelakon Utama)
1984 :   Jauh Di Sudut Hati - (Pelakon Pembantu)
1984 :   Melati Putih - (Pelakon Pembantu)
1983 :   Mekanik - (Pelakon Pembantu)
1982 :   Sikit Punya Gila - (Pelakon Pembantu)
1982 :   Bukit Kepong - (Pelakon Utama)
1982 :   Penentuan - (Pelakon Utama)
1982 :   Senja Merah - (Pelakon Pembantu)
1981 :   Ribut Barat - (Pelakon Utama)
1981 :   Jejak Bertapak - (Pelakon Utama)
1979 :   Tiada Esok Bagimu - (Pelakon Pembantu)
1979 :   Detik 12 Malam - (Pelakon Utama)
1976 :   Cinta Dan Lagu - (Pelakon Pembantu)
1976 :   Sayang Anakku Sayang - (Pelakon Pembantu)
1975 :   Jiwa Remaja - (Pelakon Utama)












krew Filem
2010 :   Evolusi KL Drift 2 - (Penerbit)
2009 :   Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - (Penerbit)
2008 :   Evolusi KL Drift - (Penerbit)
2005 :   Gila-Gila Pengantin Popular - (Penerbit)
2005 :   GK3 The Movie - (Lakon layar)
2005 :   GK3 The Movie - (Penerbit)
2005 :   GK3 The Movie - (Pengarah)
2005 :   GK3 The Movie - (Cerita Asal)
2005 :   Pontianak Menjerit - (Penerbit Bersama)
2004 :   Gila-Gila Pengantin Remaja - (Penerbit)
2003 :   MX3 - (Penerbit Bersama)
2003 :   Mr. Cinderella 2 - (Penerbit Bersama)
2003 :   Janji Diana - (Penerbit)
2003 :   Janji Diana - (Pengarah)
2003 :   Janji Diana - (Cerita Asal)
2003 :   Janji Diana - (Lakon layar)
2003 :   Sembilu 2005 - (Penerbit)
2003 :   Sembilu 2005 - (Pengarah)
2003 :   Sembilu 2005 - (Cerita Asal)
2003 :   Sembilu 2005 - (Lakon layar)
2003 :   Gila-gila Pengantin - (Penerbit)
2002 :   Mr. Cinderella - (Penerbit Bersama)
2002 :   Gerak Khas The Movie 2 - (Lakon layar)
2002 :   Gerak Khas The Movie 2 - (Pengarah)
2002 :   Gerak Khas The Movie 2 - (Penerbit)
2002 :   Gerak Khas The Movie 2 - (Cerita Asal)
2001 :   Gerak Khas The Movie - (Pengarah)
2001 :   Gerak Khas The Movie - (Cerita Asal)
2001 :   Gerak Khas The Movie - (Lakon layar)
2001 :   Gerak Khas The Movie - (Penerbit)
2000 :   Pasrah - (Cerita Asal)
2000 :   Pasrah - (Penerbit)
2000 :   Pasrah - (Pengarah)
2000 :   Pasrah - (Lakon layar)
1999 :   Burung Besi - (Lakon layar)
1999 :   Bara - (Pengarah)
1999 :   Bara - (Cerita Asal)
1999 :   Bara - (Lakon layar)
1999 :   Burung Besi - (Cerita Asal)
1999 :   Bara - (Penerbit)
1998 :   Mariana Mariana 2 - (Lakon layar)
1998 :   Mariana Mariana 2 - (Pengarah)
1998 :   Mariana Mariana 2 - (Penerbit)
1998 :   Mariana Mariana 2 - (Cerita Asal)
1997 :   Gemilang - (Penerbit)
1997 :   Gemilang - (Lakon layar)
1997 :   Gemilang - (Cerita Asal)
1997 :   Gemilang - (Pengarah)
1996 :   Maria Mariana - (Penerbit)
1996 :   Maria Mariana - (Pengarah)
1996 :   Maria Mariana - (Cerita Asal)
1996 :   Maria Mariana - (Lakon layar)
1996 :   Tragedi Oktober - (Penerbit Bersama)
1996 :   Tragedi Oktober - (Cerita Asal)
1995 :   Sembilu 2 - (Cerita Asal)
1995 :   Sembilu 2 - (Pengarah)
1995 :   Sembilu 2 - (Lakon layar)
1995 :   Sembilu 2 - (Penerbit)
1994 :   Sembilu - (Pengarah)
1994 :   Sembilu - (Penerbit)
1994 :   Sembilu - (Lakon layar)
1993 :   Pemburu Bayang - (Pengarah)
1993 :   Pemburu Bayang - (Penerbit)
1993 :   Pemburu Bayang - (Lakon layar)
1990 :   Bayangan Maut - (Cerita Asal)
1990 :   Bayangan Maut - (Pengarah)
1990 :   Bayangan Maut - (Penerbit)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan